Tips Rumah Lebih Sejuk Dan Nyaman!

chillathome

Musim panas kini amat mencabar; walaupun berada dalam rumah, anda masih mungkin
merasa terik dan bahang akibat sinaran matahari yang kuat. Terutama bagi pemilik rumah
yang mempunyai tingkap hadapan dan belakang yang terdedah secara langsung kepada
sinaran matahari, situasi ini boleh menyebabkan panas berpanjangan sehingga ke malam.
Untuk mengurangkan kepanasan, elakan rumah yang menghadap arah timur atau barat.
Jika tingkap ruang tamu menghadap ke barat, masalahnya boleh lebih teruk lagi,
terutamanya pada waktu petang.
Berikut adalah beberapa tip praktikal:

  1. Buka tingkap bahagian depan dan belakang rumah pada waktu pagi atau malam.
    Misalnya, untuk rumah teres, tingkap ruang tamu dan dapur boleh dibuka. Ini
    membolehkan angin pagi masuk dan mengeluarkan angin panas.
  2. Anda boleh membandingkan situasinya seperti duduk dalam straw; angin masuk
    dari satu arah dan keluar di hujung lain. Jika straw tersebut berlubang banyak,
    angin mungkin masuk dari pelbagai arah atau perlahan-lahan, mengurangkan
    kesan sejuk yang anda rasai.
  3. Tutup tingkap dan langsir sepenuhnya selepas pukul 11 tengahari, terutamanya
    untuk tingkap yang menghadap arah barat. Ini membantu mengelakkan cahaya dan
    haba panas masuk secara langsung ke dalam rumah, serta mengurangkan
    penyerapan panas oleh dinding dalaman rumah.
  4. Bagi ruang yang menghadap arah barat atau matahari petang, disyorkan untuk
    menggunakan Blackout Curtain yang dapat menghalang hampir 99% cahaya
    matahari.
    Tunggu apa lagi, dah boleh buka kompas dan semak arah timur- barat bagi rumah anda.
    Terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan kepanasan berlebihan di rumah, seperti
    jenis bahan atap dan dinding yang digunakan, kekurangan roof insulation, ceiling, dan
    tinted film pada tingkap.

Jadi, pastikan rumah anda bersedia untuk musim panas ini dengan tip yang kami kirimkan.
Selamat mencuba!

Share: