‘Rumah Tak Siap, Kontraktor Lesap’: Apa yang Perlu Anda Ketahui

constructor

Bertahun-tahun masalah yang sama berulang, sedih dan hiba bila kami melihat pemilik
rumah dengan mudah ditipu oleh pihak tidak bertanggungkawab ini. Ramai yang mungkin
tidak menyedari, industri pembinaan ini bila melibatkan projek berskala kecil, secara kasar
pihak klien adalah terdiri daripada pemilik rumah. Projek berskala kecil ini sangat sukar
untuk mencari kontractor yang stabil dan boleh dipercayai.


Ada dua perkara utama yang perlu anda teliti apabila ingin melantik kontraktor; 1) Skala
record projek siap, 2) Status kesihatan kewangan syarikat. Tetapi ketahuilah realiti
sebenar, memenuhi ragam pemilik rumah ini sangat memenatkan, proses rundingan dari
awal projek sehinggalah tempoh siap adalah satu proses persetujuaan yang memakan
kos lebih tinggi dari kos pembinaan. Jadi kos projek yang terlalu rendah kebiasaannya
tidak mendapat perhatian dari pihak kontraktor yang stabil dan boleh dipercayai. Tidak
hairan lah ianya amat sukar untuk pemilik rumah mencari kontraktor jika kos pembinaan
tidak mencecah RM50,000 dan ke atas.


Atas kelopongan perkhidmatan bagi projek di bawah RM50,000, pemilik rumah memilih
untuk menutup sebelah mata pada pihak yang boleh menawarkan perkhidmatan bagi
ubah suai rumah mereka. Ini la yang menjadi punca utama, pihak tidak bertanggungjawab
mengambil peluang menawarkan perkhidmatan atas angin. Ada antara mereka ini la yang
menampilkan diri sebagai kontraktor rumah dengan profil syarikat yang palsu. Adakah
dengan gambar-gambar projek yang di muat naik pada akaun profile media sosial sudah
cukup menyakinkan anda untuk memilihnya sebagai kontraktor rumah anda. Perkara yang
paling asas sekali, anda wajib memastikan perkhidmatan itu berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan sebarang bayaran haruslah melalui akaun
syarikat yang berdaftar dengan SSM. Selain itu, anda juga boleh memastikan kontraktor
itu telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


“Perkara yang perlu diambil kira adalah melantik
kontraktor berdaftar dengan CIDB kerana ia di
bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).”

Timbalan Menteri Kerja Raya,
Datuk Seri Ahmad Maslan

Tip yang paling utama sekali pastikan anda membuat kontrak pembinaan antara klien
(pemilik rumah) dengan kontraktor bagi perjanjian secara terperinci antara dua pihak. Ini
boleh mengelakan sebarang masalah di kemudian hari dan memudahkan pihak
berkewajipan mengambil tindakan sebaiknya.


Masih rungsing untuk memilih kontraktor yang sesuai untuk anda? Kami di buildGURU
boleh bantu anda dalam membuat keputusan yang terbaik dan selamat.

Share: